Bekas Pertahanan Liverpool, Ditikam & Dirompak

- Advertisement -

LIVERPOOL: Bekas pemain pertahanan Liverpool, Andre Wisdon, dimasukkan ke hospital setelah ditikam dan dirompak ketika mengunjungi saudara maranya.

Pemain berusia 27 tahun, yang kini bermain untuk pasukan Championship Derby itu, diserang di Toxteth, Liverpool.

Wisdom bagaimana sedang pulih di hospital selepas serangan itu, yang berlaku hanya beberapa jam selepas dia bermain ketika mencapai kemenangan 2-1 ke atas Reading pada hari Sabtu.

Kenyataan Derby County menyebut: “Kelab (berkenaan) dapat mengesahkan bahawa Andre Wisdom telah menjadi mangsa serangan dan rompakan”.

“Beliau mengalami kecederaan yang mengakibatkannya dimasukkan ke hospital, di mana beliau sekarang berada dalam keadaan stabil.

“Polis Merseyside sedang menyiasat dan kelab buat masa ini hanya memfokuskan usaha untuk menyokong Andre dan keluarganya.

“Oleh itu kami tidak akan membuat komen lebih lanjut buat masa ini.”

Menurut The Sun, Wisdom sedang keluar dari keretanya ketika dia diserang. Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Ini adalah berita buruk. Dia pasti berada di tahap tertinggi setelah pasukannya bermain dengan baik.

“Untuk kejadian seperti itu berlaku adalah satu tragedi. Ia sama sekali tidak patut.

Wisdom menandatangani kontrak dengan Liverpool sebagai pemain ketika berusia 14 tahun dan membuat 14 penampilan untuk kelab tersebut sebelum dipinjamkan ke Derby, West Brom, Norwich dan Red Bull Salzburg.

Dia menyertai Derby dalam satu perpindahan tetap pada 2017 dengan Rams berada di tangga kelapan di peringkat kedua, tiga mata di luar Play-Off – Daily Mirror.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat