Lesen pengendali syarikat lori batu sebabkan nahas FRU dibatal serta-merta

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lesen pengendali syarikat yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kematian dan kecederaan parah anggota FRU pada 13 Mei lalu telah dibatalkan, berkuat kuasa semalam.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (Apad) mengumumkan Tashveen Trading gagal penuhi syarat lesen yang diperuntukkan di bawah Seksyen 57(1)(b)(iii) dan Seksyen 58(1)(b) Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715), gagal beri akses kepada rekod sepertimana di bawah Seksyen 210(1)(a) akta sama, serta melanggar Keperluan Tahap Perkhidmatan Kenderaan Barangan.

Katanya, siasatan mendapati syarikat lori muatan batu itu gagal patuhi keperluan Kod Amalan Keselamatan Industri, gagal memastikan Sistem Kedudukan Sejagat berfungsi dan telah tamat tempoh, membawa muatan yang menyalahi jenis barang yang ditetapkan dalam permit, dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

“Dengan terbatalnya lesen pengendali berkenaan, syarikat tersebut tidak dibenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilesenkan di bawah lesen pengendali berkenaan,” menurut kenyataan pada Jumaat.

Sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan maut manakala sembilan lagi cedera selepas trak dinaiki dirempuh sebuah lori semasa dalam perjalanan pulang ke pangkalan di Sungai Senam, Ipoh, Perak.

Pemandu lori terbabit, Rudi Zulkarnain, mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, di Mahkamah Majistret Teluk Intan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat