‘Saya tak terima cincin tu’ – Diana

- Advertisement -

Shah Alam: Pelakon, Diana Danielle menyangkal kenyataan suaminya, Farid Kamil yang memaklumkan dia sudah menerima barang kemas yang diberikan melalui anak mereka.

Dalam hantarannya di Instagram Story, Diana juga menegaskan bahawa dia tidak selesa dengan situasi yang berlaku.

“Sebenarnya, saya tak terima ‘lapan cincin’ itu. Dia (Farid) berikannya kepada anak lelaki saya dan memintanya untuk menyerahkan kepada saya.

“Saya rasa tak selesa mengenainya, tapi, saya buat keputusan untuk tidak berikan sebarang reaksi,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Diana memaklumkan bahawa dia tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana sudah menolak barang kemas itu melalui peguamnya dan meminta supaya Farid berhenti menggunakan anak-anaknya.

“Saya tak pernah mengucapkan terima kasih sebab saya menolak cincin-cincin itu melalui peguam saya. Tapi, dia gunakan anak saya untuk serahkan kepada saya.

“Jadi, sekarang, dah alang-alang kita terbuka mengenainya, tolong jangan berikan sebarang hadiah melalui anak-anak lagi,” tulisnya.

 

 

Terdahulu, Farid memaklumkan bahawa Diana menerima barang kemas yang diberikan melalui anak-anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

“Cincin pun sudah diterima. Lapan barang kemas pun sudah diterima. Dia ucapkan terima kasih dan dia sudah terima dua kali. Satu melalui Muhammad dan satu lagi melalui ‘Princess’ Aurora. Ucapan terima kasih pun dituturkan kepada anak-anak,” katanya.

Diana bagaimanapun tidak dapat diwawancara saat berada di Mahkamah Rendah Syariah Petaling hari ini kerana ‘melarikan diri’ daripada media yang hadir membuat liputan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat