ROG perkenal GPU RTX 4090 siri Matrix

- Advertisement -

Jenama perkakas permainan terkemuka, Asus Republic of Gamers (ROG) melancarkan ROG Matrix GeForce RTX 4090 yang menawarkan kuasa prestasi tertinggi dalam kelasnya.

Unit pemproses grafik (GPU) berkenaan juga menampilkan sistem penyejukan ‘liquid metal’ sekali gus menjadi generasi pertama dalam ROG yang menggunakan teknologi berkenaan.

Perkakas ini turut melalui talaan khusus untuk menghasilkan kuasa prestasi lebih baik termasuk plat penyejuk serta kad ini mempunyai ruang pembebasan haba yang lebih besar.

Untuk kelas permainan, penggunaan sistem penyejuk ‘liquid metal’ ini memberikan kuasa pembebasan haba lebih optimum.

Bagaimanapun, penggunaan teknologi berkenaan memberi cabaran tersendiri apabila ia adalah konduktif elektrik dan apabila ia tidak dipasang dengan baik, ia mungkin akan mengakibatkan litar pintas.

Namun, kepakaran yang dimiliki oleh Asus ROG dalam pembinaan laptop yang menggunakan ‘liquid metal’ ini memberi jaminan bahawa kejadian seumpama itu adalah sangat terpencil.

Sesuai dengan kad grafik kelas prestasi, ROG Matrix RTX 4090 ini menampilkan ciri penukaran bios dengan mudah iaitu untuk prestasi dan penggunaan biasa tanpa sebarang masalah.

ROG Matrix RTX 4090 ini dibina dengan bahan berkualiti tinggi sekali gus memberi jangka hayat yang lebih lama untuk kad prestasi tinggi ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat