Malaysia Tahan Kapal China Disyaki Curi Artifak Sejarah

- Advertisement -

KOTA TINGGGI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal pengangkutan di kedudukan 20.1 batu nautika timur, Tanjung Siang, di Kota Tinggi, semalam.

Pengarah APMM Johor, Laksamana Pertama Maritim  Nurul Hizam Zakaria berkata kapal yang berdaftar dari Fuzhou, China itu membawa beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama.

Menurutnya, Zon Maritim Tanjung Sedili pada mulanya menahan kapal itu kerana bersauh tanpa kebenaran Jabatan Laut pada jam 12.45 tengah hari.

“Mereka gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh daripada Pengarah Laut Malaysia ketika diperiksa bot ronda APMM yang sedang melaksanakan operasi rutin di perairan Johor timur.

“Hasil pemeriksaan, kapal itu dikendalikan 32 kru lelaki termasuk nakhoda terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang warga tempatan berusia antara 23 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kapal mendapati terdapat besi buruk peluru meriam disyaki mempunyai kaitan kes penemuan Unexploded Ordnance (UXO) di Tanjung Belungkor pada 19 Mei lalu,” katanya menerusi satu kenyataan.

APMM jelasnya akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia dan Jabatan Warisan Negara untuk mengenal pasti peluru yang dijumpai di atas kapal itu.

Selain itu katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(L) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

“APMM akan terus memantau dan memastikan perairan Johor timur bebas daripada segala aktiviti yang menyalahi undang-undang serta tidak akan berkompromi untuk mengambil tindakan yang lebih tegas,” katanya.

Kredit foto: FB

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat