Khai Bahar tak beli undi, menang atas kasih sayang peminat

- Advertisement -

Putrajaya: Penyanyi popular, Khai Bahar, 28, tidak pernah terbabit  langsung dalam aktiviti pengundian dilakukan kelab peminatnya, Khai Bahar Empire yang hingga kini berjaya melayakkan dia menang banyak anugerah dalam acara hiburan disertai.

Terdahulu, Khai dinobatkan memenangi Top Top MeleTOP Lelaki pada Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) buat kali ketiga yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, dia memang tidak pernah mencampuri urusan atau aktiviti pengundian dilakukan oleh kelab peminatnya, Khai Bahar Empire selama ini.

“Saya memang tak pernah suruh mereka (Khai Bahar Empire) agar terus menghantar undian buat saya sehingga menang dalam apa saja majlis anugerah dicalonkan. Semuanya hasil daripada kesungguhan mereka sendiri yang sentiasa mahu melihat saya menang. Terima kasih diucapkan pada mereka.

“Saya pun tidak sangka mendapat sokongan padu yang sebesar ini daripada kelab peminat yang sentiasa bersungguh menyokong kerjaya seni saya sejak dari dulu lagi. Di antara kami, sangat saling menyayangi dan menghargai,” katanya kepada Harian Metro.

Khai berkata dia juga rajin melayan kelab peminatnya dengan menghiburkan mereka menerusi permintaan lagu diminta untuk dinyanyikannya. Ujarnya, dia okey saja melayan permintaan nyanyian daripada kelab peminat secara percuma.

“Saya juga tidak pernah menghulur dana kepada kelab peminat untuk mereka membeli undian. Kemenangan yang saya peroleh ini telus dan ikhlas daripada undian mereka kerana sayang dan terus menyokong saya.

“Saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Khai Bahar Empire di atas kasih sayang diberikan. Terima kasih juga kerana selalu menyokong kerjaya saya tanpa jemu,” katanya.

Pada  AME2021 ini, selain membawa pulang anugerah utama, Top Top MeleTOP Lelaki, Khai juga memenangi dua lagi trofi lain iaitu dua kategori Penyanyi MeleTOP dan Program MeleTOP:  Konsert Minggu Ini #123 – Khai Bahar.

Khai yang amat popular dengan lagu Bayang dan Luluh, sebelum ini pernah dinobatkan Top Top MeleTOP Lelaki pada AME2018 dan AME2019.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat