HONOR X7b 5G mendahului telefon bajet yang harus dimiliki

- Advertisement -

HONOR X7b 5G adalah versi yang telah di kemas kini daripada telefon asalnya Honor x7b 4G yang dilancarkan pada penghujung tahun lepas. Honor X7b 5G yang dikemas kini dilengkapi dengan pemproses yang berbeza yang menyokong sambungan 5G, memberikan pilihan kepada rakyat Malaysia telefon bajet dalam lingkungan bawah RM 1000 untuk telefon pintar 5G.

Honor X7b 5G mengekalkan ciri-ciri hebat yang menjadikan pendahulunya telefon pintar bajet yang terbaik, dengan penambahan sambungan 5G dan cip yang berbeza. Cip baru ini merupakan sistem-on-chip berkeupayaan 5G malah telefon ini juga dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo (8GB+8GB) dan 256GB Storan.

HONOR X7b 5G mempunyai keluasan storan yang besar iaitu 256GB yang mana masih lagi mengekalkan keluasan storan yang terbesar berbanding dengan pesaing pesaing daripada kelas yang sama.

HONOR X7b 5G didatangkan dengan dua warna iaitu Hijau Zamrud dan Perak Kristal. Varian Perak Kristal menampilkan penyelesaian bertekstur pada panel belakang, memberikan rasa premium kepada telefon pintar tersebut.

Rekabentuk rampingnya dan kamera utama 108MP yang baik meningkatkan estetika dan keupayaan fotografinya. Kamera Utama 108MP dengan sensor 1/1.67-inci mampu meningkatkan pengambilan cahaya secara besar-besaran.

Peranti ini juga mempunyai Mod Potret yang menyokong zoom 2X, menyediakan pelbagai jenis penggunaan yang membolehkan pengguna menangkap pelbagai momen dengan kepelbagaian dan fleksibiliti.

Bukan setakat itu saja HONOR X7b juga dilengkapi dengan HONOR RAM Turbo (8GB+8GB), teknologi eksklusif HONOR yang memindahkan sebahagian daripada memori flash ke dalam RAM, RAM 8GB boleh ditingkatkan menjadi 16GB, supaya pengguna dapat menjalankan tugas-tugas berat tanpa gangguan dengan lancar.

HONOR X7b 5G memberikan prestasi bateri yang luar biasa untuk kegunaan harian dengan bateri Ultra lama 6000mAh yang boleh bertahan sehingga 3 hari. Dengan sekali cas, telefon ini boleh menyokong sehingga 18.8 jam penstriman dalam talian, 20.2 jam penyelidikan media sosial atau 42.6 jam panggilan, menjadikannya rakan yang boleh dipercayai untuk pengguna yang sentiasa bergerak.

Walaupun memiliki kapasiti bateri yang besar, HONOR X7b 5G juga menonjol dengan ketahanan baterinya. Walaupun telah dicas 1,000 kali kitaran cas, kesihatan bateri masih kekal di atas 80%. Sama seperti telefon itu sendiri, ia tidak pernah gagal dalam memenuhi keperluan anda, dengan prestasi yang berkekalan untuk kemudahan anda.

Kemampuan audio yang luar biasa dari HONOR X7b 5G telah dipertingkatkan dengan Pembesar Suara Stereo Dual dan algoritma pengembangan medan bunyi, yang memastikan peningkatan 200% dalam kelantangan dan pengalaman audio yang memikat.

 

Dengan ciri Hyper Transmisif 6.8-inci dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.3%, HONOR X7b 5G menyokong resolusi FHD+ dan kedalaman warna sebanyak 16.7 juta warna, memberikan visual dengan ketajaman yang menakjubkan dan warna-warna yang hidup. HONOR X7b 5G juga membanggakan sokongan untuk kecerahan puncak sehingga 850 nits, memastikan kejelasan  walaupun di bawah sinar matahari terang.

HONOR X7b 5G juga mampu meningkatkan kecerahan puncak sehingga 850 nits, memastikan kejelasan yang kristal walaupun di bawah sinar matahari terang. Sebaliknya, kecerahan minimumnya hanya 2 nits untuk melindungi mata dalam persekitaran yang redup.

Ternyata tawaran terbaru Honor pastinya menarik sebagai telefon pintar bajet yang istimewa dan praktikal dari apa yang ditawarkannya dengan harga yang berpatutan berbanding pesaing pesaing di dalam kelasnya. Ianya juga merupakan pilihan yang menarik bagi individu yang peka bajet yang mencari nilai wang dan praktikaliti.

 

HONOR X7b 5G

MEMORY AND STORAGE 16GB + 256GB

8GB HONOR RAM Turbo Included

BATTERY 6000mAh Battery1
35W HONOR SuperCharge (Type-C Wired)2
Battery capacity remains >80% after 1000 charging cycle
REAR CAMERA 108MP Ultra-Clear Main Camera (f/1.75 aperture)3
2MP Macro Camera (f/2.4 aperture)
2MP Depth Camera (f/2.4 aperture)
2X Portrait
FRONT CAMERA 8MP (f/2.0 aperture)
SPEAKER Surround Stereo with Dual Speaker
Scene-Based Audio Optimization
200% Extra Volume
DESIGN Dimensions: 166.7mm (H) × 76.5mm (W) x 8.24mm (D)4
Narrow Bezel: 1.8mm
Weight: 199g (including battery)
Colors: Crystal Silver and Emerald Green
Fingerprint: Side-mounted
63 ° Quad-curved fitting
DISPLAY 6.8-inch Hyper-Transmissive Display5
91.3% screen-to-body ratio
16.7 million colors
90Hz screen refresh rate6
850nit Peak Brightness
Resolution: 2412 × 10807
TÜV Rheinland Low Blue Light Certification8

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat