“Saya Tak Laku Kesalahan, Yang Salah Orang Yang Rakam Perbualan” – Hamzah

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengakui rakaman audio yang tular dikatakan mirip suaranya adalah perbualan beliau dengan seorang ‘individu penting’.

Katanya, beliau tidak perlu menafikan perkara itu kerana beliau tidak melakukan kesalahan, namun yang bersalah adalah pihak yang merekod perbualan berkenaan.

“Saya tak melakukan apa-apa kesalahan pun, apa yang salahnya.. yang salah ialah orang yang ‘tape’ (rekod) perbualan saya dengan seseorang. Itu baru kesalahan.

“Yang saya lakukan tidak ada salah. Saya dah cakap banyak kali bahawa kalau kita dengar pun (rakaman perbualan) itu, apa kesalahannya?

“Saya hanya minta IGP (Ketua Polis Negara) beri beberapa nama kepada Tuanku (pihak Istana), salah ke?” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Surat Perlantikan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu rakaman audio yang tular dikatakan mirip suaranya dan mengundang kritikan ramai termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Anwar dalam satu laporan media Selasa lalu dipetik sebagai berkata, beliau menggesa polis menyiasat mengenai penyebaran audio kononnya dikaitkan dengan Hamzah.

Hamzah dalam rakaman audio itu dikatakan sedang berbual dengan seseorang dan didakwa mengatur ‘orang kita’ sebagai pegawai kanan dan pegawai tertinggi dalam PDRM.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata rakaman audio itu katanya bukan baharu sebaliknya perbualan itu berlaku pada tahun lalu.

Ketika ditanya sama ada dia akan membuat satu laporan polis berhubung perkara itu, beliau berkata tiada keperluan untuknya membuat laporan kerana tidak membuat sebarang kesalahan.

“Saya sedang memberitahu seseorang, individu yang sangat penting. Tiada apa salah jika saya memberitahunya.. kami membuat perkara yang betul.

“Kerana perkara ini ditanya oleh pihak Istana berhubung maklumat berhubung perkara berkenaan, dan kita akan menghantarnya dan saya berkata kepada IGP, kita akan hantar beberapa nama,” katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau sebagai Menteri Dalam Negeri akan menggunakan cara lain untuk mencari dalang di sebalik rakaman audio yang tersebar tanpa perlu membuat laporan polis.

Mengulas mengenai dakwaan yang beliau cuba campur tangan dalam isu pertukaran pegawai kanan PDRM, beliau berkata beliau mempunyai kapasiti sebagai sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP).

“Saya adalah pengerusi SPP, saya nak maklumkan perkara itu ada dalam Perlembagaan bahawa Pengerusi SPP adalah suruhanjaya tertinggi yang menentukan tugasan pegawai polis.

“Yang salah ialah kalau saya nak suruh buat perkara yang di luar tanggung jawab saya, itu baru salah,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat