Kekosongan DUN Melor Akan Diisytiharkan Selepas Dapat Sijil Kematian – Speaker DUN

- Advertisement -

KOTA BHARU – Kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melor berikutan kematian penyandangnya, Dr Md Yusnan Yusof pada Jumaat akan diisytiharkan selepas sijil kematian daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) diperoleh.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, setakat ini beliau belum memperoleh sijil kematian itu dan beliau akan memaklumkan perkara itu kepada SPR selepas menerima sijil berkenaan.

“Saya akan menghubungi SPR mengenai kematian ADUN Melor, Dr Md Yusnan Yusof. Sebaik dimaklumkan barulah pengisytiharan kekosongan kerusi bagi DUN itu akan saya lakukan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Md Yusnan meninggal dunia di rumahnya di Melor di sini selepas mengalami serangan jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir 2.28 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Romaini Mat Daud, 52 dan enam orang anak.

Md Yusnan memenangi kerusi DUN Melor bagi dua penggal berturut-turut iaitu pada Pilhan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan PRU14. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat