Khaled Nordin Dilantik Pengerusi Boustead

- Advertisement -

Bekas Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutifnya (non-independent and non-executive) Boustead Holdings Bhd (Boustead) berkuatkuasa 1 Mei 2020.

Khaled yang juga merupakan Naib Presiden UMNO mengisi jawatan yang telah kosong hampir sembilan bulan lalu. Jawatan terbabit sebelum ini disandang oleh Jeneral Tan Sri Panglima Mohd Ghazali Che Mat yang bersara pada 31 Julai 2019.

Mohamed Khaled dicalonkan oleh pemegang saham terbesar Boustead, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Mohamed Khaled yang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Malaya pernah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor dari 2013 hingga 2018.

Sebelum menjawat jawatan Menteri Besar Johor, Mohamed Khaled memegang jawatan di pelbagai kementerian seperti Menteri Pengajian Tinggi (2008 hingga 2013), Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2004 hingga 2008) dan Timbalan Menteri Kerja Raya (1990 hingga 2004).

Pengarah Urusan Boustead, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, pengalaman luas Mohamed Khaled pasti akan mengukuhkan lembaga itu, membimbing Boustead untuk memperbaiki cara menjalankan perniagaan dan meningkatkan prospeknya dalam jangka panjang.- SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat