Covid-19: Kahwin 73 Tahun, Meninggal Selang 6 Jam

- Advertisement -

WISCONSIN: Wilford, 94 tahun dan Mary Kepler, 92, telah berkahwin selama 73 tahun.

Wilford di masukkan ke hospital kerana cedera di kepala akibat jatuh pada 8 April ketika sedang menjalani kuarantin di rumah setelah disahkan positif Covid-19.

Isterinya yang positif virus yang sama, turut ditahan di wad akibat kesihatan yang merosot akibat dari penyakit tersebut.

Pihak hospital membenarkan mereka di bilik yang sama kerana kedua-dua sakit dan positif Covid-19.

Kedua-duanya bagaimana pun meninggal dunia pada 18 April lepas. Wilford menghembus nafas terakhir akibat kecederaan di kepala sebelum Mary, 6 jam kemudian turut meninggal dunia akibat Covid-19.

Sebelum kematian, kedua-dua mereka sempat berbual dengan keluarga melalui panggilan video, kata cucu mereka Natalie Lameka kepada CNN.

Kisah sedih ini hanyalah satu dari keseluruhan 61,656 kematian yang diakibatkan oleh Covid-19 di Amerika Syarikat.

Negara itu sekarang turut mempunyai lebih sejuta kes positif virus berkenaan – yang tertinggi di dunia, jauh meninggalkan Sepanyol di tempat kedua dengan 236,899 kes positif.

– SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat