Anwar didakwa mahu tangguh dedah laporan Azam Baki, tunggu siasatan ‘mafia korporat’ selesai — Bloomberg

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa mahu laporan siasatan berhubung pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak didedahkan segera kepada umum, menurut laporan Bloomberg.

Menurut sumber yang dipetik Bloomberg, Anwar meminta pihak berkaitan menangguhkan pendedahan laporan itu sehingga siasatan berasingan terhadap dakwaan kewujudan “mafia korporat” selesai.

Kabinet pada Februari lalu mengarahkan siasatan dijalankan bagi menentukan sama ada pegangan saham Azam melanggar had yang ditetapkan undang-undang.

Siasatan tersebut dikendalikan oleh jawatankuasa tiga penjawat awam kanan yang diketuai Peguam Negara sebelum hasilnya dibentangkan kepada Kabinet.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat