Rumput Padang Stadium Bukit Jalil Diagihkan Secara Percuma Esok

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menawarkan rumput padang Stadium Nasional, Bukit Jalil secara percuma kepada orang ramai yang akan dilaksanakan pada pagi dan petang esok.

Perkembangan itu dimaklumkan agensi berkenaan menerusi pada akaun Twitter miliknya sempena dengan proses menggantikan rumput baharu padang stadium berkenaan.

“Sempena dengan kerja-kerja penggantian rumput padang Stadium Nasional kelak, Perbadanan Stadium Malaysia ingin menawarkan rumput sedia ada secara percuma kepada orang awam pada 31 Mac 2023 (esok),” katanya.

Waktu pengambilan rumput berkenaan adalah dua sesi iaitu bermula jam 10 pagi sehingga 12 tengah hari dan 3 hingga 5 petang.

Pengambilan itu terhad kepada empat petak rumput padang (ukuran 1×1 kaki) bagi setiap orang dan orang awam diminta membawa bekas sendiri.

Media sebelum ini melaporkan projek penukaran rumput kepada jenis Zeon Zoysia di Stadium Nasional akan menelan belanja sebanyak RM2.3 juta yang dijadual bermula bulan depan dan dijangka siap penghujung September atau awal Oktober.

Projek berkenaan menggunakan peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) serta sumbangan dana tajaan daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) merangkap pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Untuk rekod, antara jenis rumput yang pernah digunakan di Stadium Nasional adalah Bermuda Greenless Park (1998-2005), Marimo Seashore Paspalum bersama Zoysia Material (2005-2013), Bermuda Mountain Green bersama Princess (2013-2015) dan Axonopus Compressus (2015 hingga sekarang). – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat