KPM Tidak Bercadang Perkenalkan Semula UPSR dan PT3

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika ini tidak bercadang untuk memperkenalkan semula Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiraf Tingkatan Tiga (PT3).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM yakin bahawa pentaksiran yang bersifat holistik dan berterusan melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan pendekatan terbaik bagi mengoptimumkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu.

“Oleh itu, KPM tidak bercadang untuk memperkenalkan semula UPSR dan PT3.

“Sebarang keputusan untuk melaksanakan semula peperiksaan adalah bergantung pada hasil laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang akan tamat pada tahun 2025,” katanya dalam jawapan kepada persoalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem.

Mengulas lebih lanjut, Fadhlina menjelaskan ketika ini KPM memberi tumpuan kepada pemerkasaan PBS, melibatkan komponen Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

“PBS telah diperkenalkan mulai tahun 2011 pada peringkat sekolah rendah dan tahun 2012 pada peringkat sekolah menengah.

“Pentaksiran ini bertujuan untuk menilai murid dari aspek intelek, emosi, rohani, jasmani dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

“PBS merupakan proses ansur maju yang menumpukan perkembangan murid secara holistik serta membolehkan guru memantau perkembangan, kemajuan dan penguasaan setiap murid dalam proses pembelajaran mereka termasuk kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

“Guru juga boleh merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid meningkatkan tahap penguasaan, pengetahuan, kemahiran dan nilai sebagai asas yang kukuh untuk mengikuti pembelajaran pada peringkat seterusnya.

“Melalui PBS juga, perkembangan murid dalam aspek sukan, kokurikulum, nilai murni, minat dan kecenderungan serta pembentukan sahsiah diperkukuh.

“Hal ini selari dengan teras KPM yang mengutamakan aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti bagi melahirkan anak yang bijak lagi cerdik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat