Hina B40: Menteri Pengajian Tinggi minta penjelasan UiTM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menuntut penjelasan pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) tentang tindakan seorang individu yang didakwa memperlekeh seorang pelajar dalam video tular di media sosial pada Rabu.

Menerusi satu ciapan di Twitternya, beliau telah menghubungi pihak UiTM untuk meminta penjelasan mengenai isu tersebut.

“Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini.

“Saya telah berhubung dengan pihak UiTM Official (Twitter rasmi UiTM) untuk meminta penjelasan mereka,” katanya di Twitter, pada Rabu.

Bagaimanapun, pihak UiTM belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai isu itu setakat ini.

Terdahulu, video tular berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan individu terbabit yang dipercayai memarahi seseorang pelajar kerana tidak mempunyai komputer riba.

Malah selain itu, individu itu juga disyaki turut mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada golongan B40.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat