Wibawa Al-Sultan Abdullah rungkai kemelut politik bawa kestabilan negara – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kewibawaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyelesaikan dan merungkai kemelut politik serta menggagaskan Kerajaan Perpaduan telah membawa kestabilan kepada negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia secara tidak langsung mendorong usaha mengangkat darjat dan martabat negara ke tahap lebih tinggi berjaya.

Justeru, beliau berkata, pemerintahan lima tahun Seri Paduka akan dikenang seluruh rakyat Malaysia.

“Menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

“Pemerintahan Tuanku yang merakyat disulam hikmah keadilan serta kebijaksanaan tentunya dikenang rakyat keseluruhannya yang menikmati limpahan keamanan dan kesejahteraan sepanjang tempoh baginda bersemayam di atas takhta selama lima tahun.

“Kewibawaan Tuanku merungkai kemelut politik negara dan menggagaskan sebuah Kerajaan Perpaduan telah membugar kestabilan dan memungkinkan usaha kita untuk mengangkat semula darjat dan martabat negara ini ke tingkat tertinggi,” katanya dalam Facebook beliau.

Hari ini, Al-Sultan Abdullah menamatkan pemerintahan selepas memenuhi tempoh lima tahun di atas takhta sebagai Ketua Utama Negara bermula 31 Januari 2019.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah selamat kembali bersemayam ke Pahang selepas pulang berangkat dari Istana Negara, Kuala Lumpur dan disusuli di Dataran Parlimen bagi istiadat rasmi perpisahan.

Dalam pada itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 menerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) pada 27 Oktober 2023 akan dimasyhurkan bagi menggantikan Al-Sultan Abdullah pada esok.

Baginda dijadual menyempurnakan Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri, Istana Negara yang akan turut menyaksikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh tempoh lima tahun bermula 31 Januari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat