Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan status Najib – Dr Zaliha

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Status pengampunan Datuk Seri Najib Razak hanya akan dimaklumkan secara rasmi oleh Lembaga Pengampunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa.

“Tunggu kenyataan rasmi daripada Lembaga Pengampunan,” katanya ringkas.

Dr Zaliha berkata demikian ketika ditanya media sama ada turut hadir dalam mesyuarat semalam dan hasil daripada mesyuarat terbabit.

Dr Zaliha berkata mesyuarat itu diadakan di Istana Negara.

Bagaimanapun, beliau yang juga terbabit dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan itu tidak memaklumkan bila kenyataan rasmi itu akan dikeluarkan.

Terdahulu, dilaporkan Lembaga Pengampunan akan bermesyuarat semalam dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan difahamkan salah satu agenda mesyuarat adalah mengenai pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat