Kebebasan bersuara di Malaysia semakin merudum – Wan Saiful

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menegaskan sekatan kebebasan bersuara di media sosial semakin meruncing.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu itu berkata, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi di Parlimen beliau mengusulkan cadangan satu perbincangan mendalam mengenai sekatan kebebasan bersuara di media sosial.

“Saya juga nyatakan bahawa dalam perbincangan itu nanti, Jawatankuasa Pilihan Khas perlu menjemput bukan sahaja agensi kerajaan yang berkaitan, tetapi turut menjemput pengamal media, NGO, ahli akademik, dan penggiat media sosial, agar situasi sebenar kebebasan bersuara dalam negara kita dapat dikenal pasti.

“Cadangan ini saya bawa kerana saya merasakan kebebasan bersuara di Malaysia semakin merudum. Sudah banyak kes yang kita dengar mengenai penggunaan agensi kerajaan untuk mengekang kritikan terhadap kerajaan.

“Saya akan susuli cadangan ini dengan permintaan bertulis supaya isu kebebasan bersuara dijadikan salah satu agenda rasmi mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Saya harap Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mempersetujui cadangan saya,” ujar Wan Saiful.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat