Bertempat di Sabah International Convention Center satu persembahan kolaborasi “Sifu dan Aku” M.nasir & Hattan bakal berlangsung pada 3 febuari ini. Gandingan Sifu Datuk M.nasir dan murid Datuk Hattan bakal mengegarkan (SICC), dua seniman legenda di atas satu pentas .
Konsert “Sifu dan Aku” dilihat sebagai acara unik dan istimewa kerana menampilkan dua seniman berbakat, selain menonjolkan apresiasi dan sanjungan antara ‘guru’ dan ‘murid’.
Bagi Datuk M Nasir pula mengangap Konsert “Sifu dan Aku” sebagai cabaran buat dirinya selepas lebih empat dekad bergelar anak seni. M Nasir yang juga komposer dan penyanyi legenda negara melahirkan penghargaan terhadap Hattan yang berkongsi pentas dengannya walaupun beliau sudah lebih 40 tahun berada dalam industri muzik.
Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, menyifatkan konsert itu sebagai gambaran bahawa Sabah merupakan tempat yang menjadi persinggahan wajib baginya. Hattan turut memberi jaminan penonton akan disajikan dengan persembahan yang luar biasa antara beliau sebagai anak murid dan gurunya, M Nasir.
Hampir empat dekad melakar nama sebagai penyanyi, Datuk Hattan turut membuat kejutan apabila mengumumkan mahu bersara pada Jun depan. Keputusan tersebut sudah lama difikirkan apatah lagi impian beraksi sepentas dengan gurunya, Datuk M. Nasir dapat direalisasikan bulan depan.
“Saya tak merajuk. Saya dah penat. Jadi kena rileks (berehat). Saya dah lama rancang. Bukan bersara macam mana, tapi tak nak terbabit dalam konsert besar.
“Saya dah sampai apa yang saya nak, bagilah orang lain pula. Saya dah sepentas dengan ‘sifu’ saya. Saya dah buat konsert saya. Jadi apa lagi yang saya nak capai.
“Nak berehat pula. Kalau boleh tak nak terbabit lagi. Dah bersara, bersaralah,” katanya.
Hattan berkata, konsert ini adalah penceritan daripada awal karier hingga ke konsert ini. Kedua-dua seniman ini akan menyajikan persembahan yang menyentuh jiwa dan meruntun hati dengan lagu-lagu yang mempunyai sejarah dan makna tersendiri.
Konsert Sifu Dan Aku adalah sebuah konsert yang unik dan istimewa kerana ia bukan sahaja menampilkan dua seniman yang berbakat tetapi juga menunjukkan hubungan yang erat dan harmonis antara seorang guru dan seorang murid yang saling menghormati dan menghargai.
Tiket konsert boleh didapati di https://ilassotickets.com/event/konsert-sifu-aku/ pada harga RM988 (VIP- tempat duduk bernombor), RM488 (tempat duduk bebas), RM388 (tempat duduk bebas), RM288 (tempat duduk bebas) dan RM188 (tempat duduk bebas).
Jadi apa tunggu lagi orang sabah jom kita ke sana bah!