Top Glove Disaran Beri Suntikan Vaksin COVID-19 Kepada Semua Pekerja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia meminta Top Glove Corporation Bhd untuk memberi suntikan vaksin kepada semua pekerja syarikat itu termasuk warga Bangladesh apabila vaksin COVID-19 tersedia kelak.

Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia Md Golam Sarwa semasa perbincangan secara sidang video dengan pegawai Top Glove hari ini berkata, penting bagi pengeluar sarung tangan terbesar dunia itu menjaga keselamatan pekerja dalam saat sukar ini bagi memastikan pengeluaran tidak terjejas untuk jangka masa panjang.

“Melabur untuk kesejahteraan pekerja adalah langkah paling bijak majikan kerana pekerja ceria dan sihat boleh memberi manfaat kepada syarikat,” katanya pada perbincangan dengan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd Tan Sri Dr Lim Wee Chai dan pegawai atasan yang lain.

Turut serta Kaunselor Buruh Kedutaan Nepal di Malaysia Deepak Dhakal.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak pengurusan Top Glove atas inisiatif menaik taraf perumahan pekerja am dan diharapkan usaha murni itu akan diteruskan.

Mengenai kontroversi keadaan tempat tinggal pekerja Top Glove, Sarwa berpendapat dialog antara kedua-dua pihak adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah itu.

Sementara itu, Lim berikrar syarikatnya akan memberi suntikan vaksin kepada semua kakitangan selain memastikan kesihatan fizikal dan mental pekerjanya dalam keadaan baik.

Pengeluar sarung tangan utama dunia itu sebelum ini terpalit dengan isu berkaitan kesejahteraan pekerja dan gagal mematuhi Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446).

Syarikat itu juga menjadi tumpuan utama media apabila Teratai Kluster menjadi kluster COVID-19 terbesar di Malaysia – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat