COVID-19: Situasi Semakin Baik, Thailand Bakal Longgar Sekatan

BANGKOK – Thailand akan melonggarkan sekatan dan peraturan di wilayah-wilayah yang situasi pandemik COVID-19 semakin terkawal bermula 1 Feb ini.

Bagaimanapun, Samut Sakhon, pusat penularan terbaharu sejak pertengahan Disember akan kekal sebagai ‘kawasan kawalan maksimum dan ketat’ dengan semua sekatan kekal di wilayah itu.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata semua institusi pendidikan, pusat hiburan, venue sukan dan premis perjudian di Samut Sakhon akan kekal ditutup sehingga dimaklumkan kelak.

Beliau berkata mesyuarat agung CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha hari ini bersetuju bahawa semua institusi pendidikan di Bangkok dan 26 wilayah akan dibuka semula pada 1 Feb, selepas diarahkan tutup sejak 4 Jan.

Bilangan pelajar dihadkan kepada 25 orang sahaja bagi kawasan sangat terkawal seperti Bangkok, Nonthaburi, Pathum Thani dan Samut Prakan, kata beliau.

“Pusat hiburan termasuk pub, bar dan karaoke akan kekal ditutup di kawasan-kawasan sangat terkawal manakala waktu operasi restoran di wilayah berkenaan dilanjutkan hingga 11 malam,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Bagi wilayah lain, Thaweeslip berkata sekatan dan pembukaan semula perniagaan termasuk restoran, pusat hiburan dan venue sukan berbeza-beza mengikut keadaan COVID-19 di kawasan terbabit.

Menurut beliau, lima kategori zon kawalan penyakit dilaksanakan di wilayah terbabit – kawalan maksimum dan ketat; sangat terkawal; terkawal; pengawasan maksimum dan pengawasan – bagi membendung penularan COVID-19 secara berkesan.

Dalam tempoh 24 jam, Thailand mencatatkan 802 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 17,023 kes manakala kes kematian pula kekal 76.

Thaweesilp berkata daripada 802 kes baharu itu, sebanyak 781 membabitkan penularan tempatan dan 21 kes import.

Bagi kes penularan tempatan itu, 692 kes adalah daripada pengesanan kes aktif dengan 686 kes di Samut Sakhon, tiga di Bangkok dan masing-masing satu di Nonthaburi, Sa Kaew dan Rayong manakala 89 kes pesakit sedang dirawat di hospital.

Penularan terbaharu di Samut Sakhon pada pertengahan Disember lepas mencatatkan 12,796 kes dan 16 kematian setakat ini.

– BERNAMA

Advertisment

Topik Hangat

Biro Politik UMNO Putus Beri Notis Masa 14 Hari Sidang Parlimen

(kemaskini 12.30 a.m) KUALA LUMPUR - Biro Politik UMNO yang mengadakan mesyuarat sebentar tadi membuat keputusan memberi notis  14 hari kepada kerajaan agar memanggil sidang...

Parlimen Bersidang Segera, Vaksinasi Tanpa Birokrasi – Titah Agong

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah menitahkan m persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana...

Ada Gerakan Baharu Dari UMNO Untuk Sokong Anwar?

CYBERJAYA - Elit politik UMNO petang semalam gempar dengan pendedahan satu akaun twitter yang mendakwa ada gerakan terbaharu dari UMNO untuk menyokong Datuk Seri...

Berita Berkaitan

COVID-19: Presiden Baharu Iran Umum Percepat Program Vaksinasi

TEHRAN: Presiden baharu Iran, Ebrahim Raisi umum akan percepat proses vaksinasi. Ini bagi republik itu menghidupkan semula ekonomi di tengah-tengah pandemik COVID-19. Menurut Ebrahim, program vaksinasi...

Amaran buat rakyat Filipina, suntik vaksin atau ke penjara – Duterte

MANIILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memberi amaran bahawa mana-mana pihak yang enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 boleh dihukum penjara. Ketika ini, Filipina merekodkan sebanyak...

Remaja Bunuh, Tanam Mayat Ahli Keluarga Di Bangsal

New Delhi: Mengerikan apabila seorang remaja lelaki di India tergamak membunuh ibu bapa, kakak dan neneknya sebelum menanam mayat mangsa di bangsal dekat rumah...