Program kongsi rezeki ‘Juadah Makmur’ diteruskan tahun depan – MB Pahang

- Advertisement -

TEMERLOH: Program Juadah Makmur yang diilhamkan oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail akan diteruskan pada tahun depan.

Menurut Wan Rosdy, sebanyak 700,000 pek makanan telah diagihkan diagihkan semua masjid seluruh Pahang melibatkan peruntukan sebanyak RM8.4 juta pada tahun ini.

Juadah Makmur satu inisiatif kerajaan negeri yang disediakan untuk rakyat di negeri ini melalui agihan makanan selepas solat Jumaat setiap minggu.

“Saya ke Masjid Kampung Pangsenam, Temerloh untuk menunaikan Solat Jumaat bersama jemaah kampung tersebut.

“Kemudiannya, saya turut mengagihkan Juadah Makmur kepada jemaah masjid ini.

“Alhamdullilah. Hari ini genap setahun Program Juadah Makmur dilaksanakan dan sebanyak 700,000 pek makanan telah diagihkan di semua masjid seluruh Pahang melibatkan peruntukan sebanyak RM8.4 juta,

“Insya-Allah, program berkongsi rezeki ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan,” katanya menerusi kenyataan Facebooknya, pada Jumaat.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat