Operasi loji nuklear terbesar dunia Jepun dibenar mula operasi

- Advertisement -

TOKYO – Pengawal selia kuasa nuklear Jepun dilaporkan menarik balik larangan operasi yang dikenakan ke atas loji janakuasa nuklear terbesar dunia milik Tokyo Electric Power (Tepco) yang dikenakan sejak dua tahun lalu.

Keputusan itu membolehkan syarikat berkenaan berusaha ke arah mendapatkan kebenaran tempatan untuk memulakan semula operasi di loji Kashiwazaki-Kariwa.

Tepco teruja mengembalikan operasi loji kuasa atom terbesar dunia itu bagi mengurangkan kos operasi, tetapi penyambungan semula masih memerlukan persetujuan daripada kerajaan tempatan wilayah Niigata, bandar Kashiwazaki dan penduduk kampung Kariwa, di mana ia terletak.

Loji dengan kapasiti 8,212 megawatt (MW) itu berada di luar talian sejak 2012 selepas bencana Fukushima yang menyebabkan penutupan semua loji tenaga nuklear di Jepun ketika itu.

Pada tahun 2021, Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear (NRA) menghalang Tepco daripada mengendalikan Kashiwazaki-Kariwa, satu-satunya stesen janakuasa atomnya yang boleh beroperasi ketika itu.

Sekatan itu dikenakan berikutan pelanggaran keselamatan termasuk kegagalan untuk melindungi bahan nuklear dan kesilapan langkah yang menyaksikan kakitangan tanpa kebenaran mengakses kawasan sensitif loji itu.

Memetik penambahbaikan dalam sistem pengurusan keselamatan, NRA kelmarin menarik balik perintah tindakan pembetulan yang menghalang Tepco daripada mengangkut bahan api uranium baharu ke loji atau memuatkan rod bahan api ke dalam reaktornya.

Susulan keputusan itu, Tepco berkata, akan meneruskan usahanya untuk mendapatkan semula kepercayaan masyarakat tempatan dan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshimasa Hayashi turut memaklumkan, kerajaan akan turut membantu proses itu.

“Kerajaan akan mendapatkan persefahaman dan kerjasama wilayah Niigata dan komuniti tempatan dengan menekankan usaha ‘mengutamakan keselamatan’,” kata Hayashi.

Jepun yang miskin sumber tidak sabar untuk mengembalikan operasi lebih banyak loji tenaga nuklearnya bagi mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil yang diimport seperti gas asli cecair (LNG).

Institut Ekonomi Tenaga Jepun (IEEJ) meramalkan minggu lepas, import LNG Jepun akan menurun kepada 58.5 juta tan metrik pada tahun fiskal 2024/25 daripada anggaran 64 juta tan tahun ini, lapor Reuters.

Faktor kejatuhan tersebut berikutan jangkaan permulaan semula beberapa lagi reaktor nuklear dan peningkatan dalam sumber tenaga boleh diperbaharui.

Saham Tepco dilaporkan melonjak selepas NRA mengumumkan awal bulan ini untuk mempertimbangkan penarikan balik larangan operasi selepas menjalankan pemeriksaan di tapak dan bertemu dengan presiden syarikat tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat