Kutipan Cukai Tahun Ini Lebihi Sasaran, Dijangka Terus Meningkat – LHDN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mengutip hasil cukai melebihi sasaran pada tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong optimis jumlah kutipan akan terus meningkat.

“Insya-Allah dengan kerjasama semua pihak membayar cukai, ia akan meningkat. Saya tidak ada jumlah tepat tetapi kutipan sekarang telah melebihi sasaran tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada majlis Program Kasih Prihatin-MAIWP, di Dewan Komuniti Sentul Perdana di sini hari ini.

Jelas Mohd Jaafar, walaupun LHDN memberi kelonggaran kepada pembayar cukai tahun ini yang berhadapan dengan krisis kesihatan namun tren pembayar disifatkannya sebagai memuaskan.

“Memang kita beri kelonggaran tapi alhamdulillah Malaysia ini makmur semua rakyat memunaikan tanggungjawab,” tambahnya.

Sebagai rekod, sebelum ini, Menteri Kewangan Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyasarkan RM143.9 bilion kutipan cukai bagi tahun ini.

Sementara itu, Mohd Jaafar menyeru pembayar cukai supaya tidak bimbang dengan kuasa LHDN yang boleh mendapatkan maklumat akaun bank pembayar cukai.

Katanya, ini kerana LHDN hanya akan berbuat demikian dengan kelulusan daripada mahkamah.

“Jangan bimbang kerana kita perlu dapat kebenaran mahkamah terlebih dahulu ia tidak berlaku sewenangnya,” tambahnya. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,613FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat