Ibadah haji tahun depan belum diputuskan, jangan percaya berita tular – TH

Pemecatan Lampard ‘Kekejaman Bola Sepak Moden’ – Mourinho

LONDON: Jose Mourinho berkata pemecatan Frank Lampard adalah sebahagian daripada 'kekejaman bola sepak moden'. Chelsea memecat Lampard, semalam selepas 18 bulan mengendalikan The Blues dan...

COVID-19: Singapura Catat Tiga Kes Positif Bagi Strain B117

SINGAPURA: Tiga kes COVID-19 yang diilaporkan sebelum ini telah diuji positif bagi varian B117 dan mungkin mempunyai kaitan, demikian menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)...

Vaksin COVID-19: Perlu Siap Sedia Hadapi Kemungkinan ‘Last Mile Delivery’

KUALA LUMPUR: Hanya dalam tempoh setahun, vaksin COVID-19 berjaya dibangunkan, namun cabarannya kini adalah pengagihan yang berkesan, cepat dan selamat. Ketua Eksekutif Deutsche Post DHL...

‘Jangan Dengar Khabar Angin, Saya Tidak Mahu Terbabit’ – Bung Moktar

BELURAN: Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau tidak mahu campur tangan dalam isu desakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi...

Tiada Laporan Laman Sesawang Kerajaan Digodam Setakat Ini – Bukit Aman

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menerima sebarang laporan terdapat laman sesawang kerajaan yang digodam setakat ini selepas ancaman dibuat kumpulan penggodam...

KUALA LUMPUR: Sebarang butiran pelaksanaan ibadah haji bagi umat Islam Malaysia tahun hadapan masih belum diputuskan, tegas Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Sehubungan itu Syed Saleh meminta orang ramai, supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat berkaitan pelaksanaan ibadat haji 2021M/1442H yang tular di media sosial, sejak beberapa hari yang lalu.

“Pihak kami masih belum menerima sebarang makluman rasmi berkaitan dengan urusan ibadat haji untuk tahun 2021M/1442H, dari pihak berkuasa Arab Saudi.

“YB Menteri (Datuk Seri Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri) dan pengurusan kanan TH dijangka akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Haji Arab Saudi dan Menteri Agama Arab Saudi pada awal tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Saleh berkata, TH akan mengumumkan keputusan perbincangan dan kesepakatan yang akan diambil oleh pemimpin kedua-dua negara, berkaitan dengan isu berkenaan.

Mesej dipercayai tular selepas Muzakarah Haji yang telah diadakan secara dalam talian (Webinar) selama tiga hari bermula 21 Dis lalu.

Mesej yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp itu mengandungi butiran haji tahun hadapan termasuk jadual penerbangan, tarikh wukuf, kuota jemaah, kos haji yang didakwa meningkat, serta prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti kerana penularan COVID-19.

Sementara itu, Syed Saleh sekali lagi menegaskan supaya orang ramai merujuk hanya kepada TH bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan rasmi berkenaan ibadah haji.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) TH di 03-62071919.

Berikutan penularan pandemik COVID-19, kerajaan sebelum ini memutuskan ibadat haji tahun ini ditangguh ke tahun hadapan.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

‘Doakan Saya Masuk Syurga,’ Undang Rasa Sebak Pengerusi PIBG

KUALA LUMPUR - "Doakan saya masuk syurga." Demikian ayat ditinggalkan seorang pemuda yang juga penyumbang dana bagi pembinaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri...

YBR Tampil Membantu Anak Kehilangan Bapa Akibat Pandemik Covid-19

CYBERJAYA - Kisah sedih seorang anak yang kehilangan bapa akibat pandemik Covid-19 telah menarik perhatian Yayasan Bank Rakyat untuk tampil meringankan beban Mohamad Nor...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

Berita Berkaitan