“Port Seni Port Makan” adalah kerjasama antara artis Fauziah Latiff dan cawangan Kacang Pool Haji Ara yang telah dibuka di Ara Damansara, ianya merupakan ikatan kerjasama dan usahasama yang pertama di antara Haji Pool, Fauziah Latiff dan Emma.
Idea kerjasama ini berlaku selepas PKP dari pihak Team Fauziah Latiff dan Emma untuk mengabungkan produk yang sangat popular di Johor ini untuk dibawa ke KL lantas berada di bawah satu bumbung dan diberi nama “Port Seni Port Makan”, yang mengabungkan studio Port Seni oleh Fauziah Latiff dan cawangan kacang Pool Haji Ara.
Cawangan Kacang Haji pool ini merupakan outlet pertama di Kuala Lumpur dan sebelum ini kesemua enam cawangan outlet berada di Johor Baharu.
Sebenarnya cawangan ini telah dibuka sejak 7 November yang lalu dan namun pada hari ini merupakan majlis perasmianny, Habib Bakar dari Masjid Wadihana bakal hadir dan membuat bacaan doa selamat bersama rakan-rakan media.
Matlamat utama adalah untuk membawa makanan dan jenama kacang pool haji ini ke luar negeri Johor serta dapat duduk sebumbung bersama Port Seni by Fauziah Latiff.
Selain dari dapat menikmati hidangan di Port Makan by Kacang Pool Haji para pelanggan, selebriti serta ahli muzik boleh juga menyewa studio rakaman yang dikelolakan oleh Fauziah Latiff.
Zell Sazalie dari Impact Music Entertaiment pula dilantik sebagai pengarah pemasaran menjelaskan bahawa Port Seni Port Makan ini merupakan satu One Stop Port selain kedai makan atau studio rakaman sahaja.Di sini juga boleh diadakan latihan muzik
dan teater serta ruang acara untuk program-program seperti bengkel,sidang media dan
sebagainya.
Port Seni ini juga bakal laksanakan satu Podcast yang akan diberi nama ‘SupPort’. Kadar harga makanan di Port Makan agak sederhana seperti sarapan pagi nasi lemak bungkus RM3, kacang pool RM9, kacang pool kambing RM11.
Terdapat juga hidangan lain seperti lontong kuah, lontong kering, lontong goreng, mee rebus. Port Makan by Kacang Hj Pool boleh di kujungi di No. J-G-13, Block J, Jalan Pju 1A/A, Ara Damansara, Selangor, 47301 Petaling Jaya, Damansara,Selangor dan dibuka dari jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam setiap hari.