Halang ahli Parlimen pembangkang dapat peruntukan bertentangan demokrasi – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya kerajaan berhajat menghapuskan rasuah, sewajarnya tidak menggunakan rasuah untuk mendapatkan sokongan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan kerajaan yang sekadar memperuntukkan peruntukan hanya untuk parti kerajaan sahaja adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Walaupun kerajaan dalam demokrasi didirikan oleh parti yang menang tetapi kerajaan tidak menjadi kerajaan untuk parti itu sahaja. Kerajaan demokrasi adalah untuk seluruh negeri atau negara.

“Peruntukan-peruntukan tidak boleh diperuntuk kepada parti yang mendiri kerajaan sahaja. Sebaliknya, semua rakyat perlu diberi peruntukan melalui wakil rakyat mereka,” katanya.

Jelas beliau, apabila peruntukan ini diberi jika wakil rakyat pembangkang sanggup sokong kerajaan ia menjadi sogokan oleh kerajaan untuk mendapat sokongan.

“Soal rundingan tidak timbul. Amal sahaja cara kerajaan negara mengikut prinsip demokrasi dan bukan kerajaan untuk parti bolot duit kerajaan.

“Jikalau kerajaan berhajat menghapuskan rasuah, jangan guna rasuah untuk dapat sokongan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat