UMNO Masih Mahu Berkawan Dengan PAS Di Melaka Tapi Bersyarat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – UMNO masih mahu meneruskan ikatan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka namun bersyarat.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung malam tadi, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pun begitu kata Ahmad, kerjasama dua parti ‘bersahabat’ itu berpandukan kepada prinsip bahawa PAS mesti bertanding menggunakan lambangnya sendiri bagi mengelakkan pertembungan sesama sendiri.

“Mesyuarat memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan parti PAS selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan MN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Asas persefahaman dengan PAS berpandukan kepada prinsip bahawa PAS menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan jawatankuasa induk MN dalam mesyuarat pada 19 Okt dan 18 Nov 2020,” katanya.

Ahmad memberitahu, MT UMNO juga memberi mandat kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk memuktamadkan sebarang keputusan mengenai PRN Melaka.

“MT juga memberikan mandat kepada presiden, timbalan presiden dan perdana menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,”katanya.

Pada 26 Oktober lalu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Bersatu, PAS dan Gerakan telah bersepakat untuk bertanding pada PRN Melaka menggunakan lambang PN.

Namun Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata keputusan untuk parti-parti komponen menggunakan logo PN perlu dirujuk terlebih dahulu kepada badan pemutus dalam PAS dan parti masing-masing.

Kelmarin, Ahmad ketika berucap melancarkan Jentera Pilihan Raya BN bagi PRN Melaka menegaskan yang UMNO tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Bersatu di Melaka.

Katanya, ia berdasarkan ketetapan yang telah dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020, di mana parti itu menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Jelas Zahid, keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu bukanlah pendirian peribadinya, sebaliknya ia keputusan akar umbi UMNO.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat