Tiada Pelantikan Timbalan Perdana Menteri Kecuali…

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bercadang membuat pelantikan Timbalan Perdana Menteri atau rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Sumber rapat dengan kerajaan memberitahu SuaraTV, Perdana Menteri tidak mempunyai pilihan dalam pelantikan Timbalan Perdana Menteri memandangkan Presiden UMNO. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempunyai kes mahkamah.

“UMNO hanya mencadangkan nama Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Muhyiddin hanya akan melantik beliau sekiranya telah dibebaskan dari pertuduhan,” jelas sumber tersebut.

Muhyiddin juga dikatakan telah memberitahu UMNO bahawa tiada rombakan kabinet sebelum Pilihan Raya Umum yang dijangka Jun 2021.

Bagaimanapun SuaraTV difahamkan terdapat perbincangan untuk melantik Ahmad Zahid sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan meletakkan beban tersebut kepada UMNO.

“Pejabat PM ada membincangkan kemungkinan melantik Ahmad Zahid dan akan memberitahu rakyat bahawa Tan Sri tiada pilihan kerana pilihan darurat dan pembubaran Parlimen telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agong,” kata pegawai kanan seorang menteri pusat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat