Contohi Sifat Rasullullah, Bersabar Kala Di Uji -Muhyiddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengajak umat islam di negara ini mencontohi sifat Nabi Muhammad SAW sebagai panduan asas dalam diri masing-masing.

Tema sambutan pada tahun ini adalah “Ummah Rabbani Negara Harmoni”. Tema ini dipilih untuk menggambarkan peri pentingnya sifat Rabbani dan kepatuhan hamba kepada Pencipta yang akhirnya akan membawa kepada keharmonian ummah dan negara.

“Rasulullah SAW merupakan sebaik-baik teladan yang memiliki sifat-sifat Rabbani dan akhlak terpuji, yang tiada tolok bandingnya dan menjadi rujukan dalam kehidupan manusia,

“Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” (Surah Al-Ahzab: 21),

“Bersempena sambutan Maulidur Rasul ini, saya ingin mengajak saudara dan saudari sekelian untuk memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghayati sirah serta berusaha sedaya upaya untuk mencontohi Sunnah insan yang sangat mulia dan kita kasihi ini,” tulis beliau pada Perutusan Perdana Menteri sempena Sambutan Maulidur Rasul, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memuji pendekatan program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menggerakkan kempen “Malaysia Berselawat” yang mana peserta terdiri daripada rakyat Malaysia dianjurkan untuk merakam selawat dalam bentuk video pendek yang dikongsi di media sosial masing-masing dengan hashtag #SemarakCintaRasul serta tag laman sosial JAKIM.

Menurut beliau, ini bukan sahaja inisiatif yang sangat baik dan bersesuaian dengan amalan norma baharu yang perlu kita laksanakan dalam kehidupan seharian, bahkan yang lebih utama melambangkan bukti kasih sayang kita kepada baginda Rasulullah melalui amalan berselawat ke atas Nabi SAW.

“Saya ingin mengajak seluruh umat Islam untuk terus bermunajat di kala kita masih lagi diuji dengan wabak COVID-19 serta dalam usaha kita memulihkan ekonomi negara dan memperkukuh perpaduan dalm kalangan rakyat,

“Ujian ini seharusnya mengukuhkan iltizam kita untuk lebih mengasihi dan mendekatkan diri kepada ajaran Rasulullah SAW yang tidak pernah melupakan kita sebagai umatnya, katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat