Saya Lebih Utamakan Kerajaan dan UMNO, Bukannya Jawatan – Hishammuddin

- Advertisement -

CYBERJAYA: Menteri Luar, Dato Seri Hishammuddin Tun Hussien, berkata artikel Sin Chew Daily yang mengaitkan dirinya sebagai salah seorang calon Timbalan Perdana Menteri sekaligus telah mengundang pelbagai persoalan dan reaksi dari rakyat.

“Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah mengadakan usaha ke arah perkara tersebut,

“Malah saya berterima kasih kepada parti kerana menyokong saya mewakili UMNO sebagai Menteri dalam Kerajaan hari ini,” jelas beliau dilaman facebooknya, sebentar tadi.

Beliau yang juga baru dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) percaya perkara terpenting yang patut menjadi fokus Kerajaan dan UMNO sekarang ialah sidang Parlimen, Belanjawan 2021 dan mengurus krisis COVID-19, dan bukannya soal jawatan.

Katanya lagi, pendirian ini selari dengan kenyataan media Presiden UMNO dan keputusan Majlis Tertinggi UMNO tempoh hari iaitu menyahut seruan Baginda Yang di-Pertuan Agong agar semua pihak berhenti berpolitik seterusnya bersatu memerangi COVID-19.

“Apa jua pendirian dan keputusan adalah demi kepentingan parti – dulu, kini dan selamanya,” tegas Hishammuddin. – SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat