Muhyiddin Perlu Runding Belanjawan 2021 Dengan PH – Anwar

- Advertisement -

PETALING JAYA – Mesyuarat Pakatan Harapan (PH) hari ini memutuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini.

Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara itu perlu dilakukan Muhyiddin sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurut mereka, keputusan itu dibuat sebagai mengambil maklum nasihat Seri Paduka Baginda yang menitahkan supaya semua ahli Parlimen memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Atas sebab-sebab ini, Majlis PH amat bersetuju dengan Seri Paduka Baginda bahawa amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen.

“Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah Seri Paduka Baginda dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak Pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada November ini supaya ia dapat mencapai objektif yang diingini Tuanku.

“Majlis Presiden yakin bahawa semua ahli Parlimen akan terlibat dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat serta menepati aspirasi seperti yang telah dititahkan Tuanku,” katanya di sini hari ini. – Sinar

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat