MT UMNO dijadual mesyuarat lagi malam ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilaporkan akan bersidang lagi malam ini di Menara Dato’ Onn.

Memetik laporan Astro Awani, sumber memberitahu mesyuarat malam ini akan dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akan membincangkan secara terperinci mengenai cadangan penstrukturan semula Kabinet.

Antara lain, fokus utama rundingan itu melibatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, yang sebelum ini dilaporkan sedang dipertimbangkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbal balas terhadap perjanjian keyakinan dan bekalan untuk Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 kelak.

Sokongan itu juga, menurut beberapa pemerhati politik, diperlukan demi menjamin kestabilan politik negara.

Sebelum ini, portal itu melaporkan bahawa Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia sedang mempertimbangkan tiga nama untuk jawatan kedua tertinggi bagi badan eksekutif itu.Yakni Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dan bekas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Untuk rekod, Ismail Sabri yang kini memegang jawatan sebagai Menteri Kanan Pertahanan adalah Ahli Parlimen Bera, manakala Hishammuddin yang juga Menteri Luar adalah Ahli Parlimen Sembrong.

Mohamad pula perlu diberikan tiket Senator jika dipilih menyertai barisan Kabinet itu sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu, memandangkan beliau tidak bertanding di peringkat Parlimen pada Pilihan Raya Umum yang lepas.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat