Beri ruang Muhyiddin tentukan corak pentadbiran negara kata Annuar Musa

- Advertisement -

Putrajaya – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus diberi ruang seluasnya untuk memimpin negara, serta menentukan corak pentadbirannya tanpa ada sebarang tekanan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, soal berkaitan pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah merupakan hak istimewa atau prerogatif Perdana Menteri.

“Perdana Menteri fikir tidak perlu ada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan gunakan sistem empat menteri kanan, kita terima.

“Kalau sekarang Perdana Menteri berubah fikiran nak seorang Timbalan Perdana Menteri pun kita terima,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada komuniti Putrajaya di bawah Wilayah Cakna 3.0 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media berkenaan desas-desus tiga pemimpin UMNO disebut-sebut dipertimbangkan untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri iaitu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Annuar berkata, adalah tidak salah untuk memberikan syor dan pandangan, tetapi ia tidak harus dilihat seolah-olah Perdana Menteri ditekan.

“Timbalan Perdana Menteri itu adalah orang paling kanan kepada Perdana Menteri, bolehkah letak seseorang yang tidak boleh bekerjasama? Sudah tentu tidak begitu,” katanya. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat