Ahli Parlimen Pembangkang Desak PM Runding Belanjawan 2021 Sebelum Bentang

- Advertisement -

PETALING JAYA – Ahli Parlimen pembangkang menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan perbincangan dan rundingan segera berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November.

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung lebih dua jam itu telah mencapai kata sepakat bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.

“Atas sebab-sebab ini Majlis Presiden PH amat bersetuju dengan Yang di-Pertuan Agong bahawa amatlah penting dan serius untuk Belanjawan 2021 ini dirundingkan dengan Pembangkang sebelum dibentang di Parlimen.

“Maka Perdana Menteri harus menjunjung titah Agong dengan mengadakan perbincangan dan rundingan segera dengan pihak pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November, supaya ia dapat mencapai objektif-objektif yang diingini Tuanku,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama yang dibacakan oleh Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil antara lain memaklumkan, Majlis Presiden yakin bahawa semua Ahli Parlimen akan terlibat di dalam sesi perbahasan yang sihat untuk memastikan Belanjawan 2021 mengutamakan kepentingan negara dan rakyat, serta menepati aspirasi seperti yang telah dititah Tuanku.

“Dalam kenyataan tersebut, Tuanku telah menasihatkan semua Ahli Parlimen untuk memberi sokongan kepada Belanjawan 2021 demi kelangsungan kesejahteraan rakyat dan pemulihan ekonomi negara yang cukup terkesan akibat pandemik Covid-19.

“Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada keperluan petugas barisan hadapan yang menjadi benteng rakyat Malaysia dari wabak Covid-19,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat