Nabi yang ajar pakai jubah, serban bukannya Pas – Afnan sekolahkan Khairuddin Takiri

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden menyelar kenyataan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang sebelum itu menegaskan Pas sebagai parti bercitrakan Islam boleh sahaja tersilap dalam tindakan-tindakan politik.

Kata-kata Khairuddin yang paling ‘membakar’ Ketua Pemuda Pas itu ialah “berpegang dengan politik Islam dengan pemakaian soleh jubah dan serban tidak menjamin haloba politik untuk tidak bergaduh saling menjatuhkan dalam politik”.

Afnan membidas Khairuddin bahawa, jubah serban tu pakaian Nabi Muhammad SAW.

“Nabi yang ajar kita pakai semua tu. Bukan Pas yang ajar, Nabi yang ajar.

“”Siapapun yang salah, tak perlu kaitkan dengan jubah serban.

Takkan kerana nak bodek, kerana nak habuan, kerana nak kedudukan, kerana nak jadi hero, kerana nak tunjuk hang sorang ja ada akal, maka hang sanggup kaitkan dengan jubah dan serban?

“Hang pun biasa pakai jubah serban. Adakah hang jugak ada tamak haloba politik? Kesian, bertaubatlah sementara masih ada,” tempelak Ahli Parlimen Alor Setar itu.

Khairuddin yang kini Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Umno (MUU) dalam catatan di Facebook itu berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas tidak menjamin tidak berlakunya perbalahan dan pergaduhan sehingga saling menjatuhkan kalangan pimpinan dalam Pas sehingga ke hari ini.

Menurut beliau, Islam sentiasa benar dan tidak pernah salah, tetapi orang Islam yang berpegang dengan Islam mungkin sahaja tersasar dalam percaturan dan tindakan politik.

“Berpegang dengan politik Islam dengan pemakaian soleh jubah dan serban tidak menjamin haloba politik untuk tidak bergaduh saling menjatuhkan dalam politik,” katanya menerusi laman sosial Facebook semalam.

Catatan beliau itu merujuk kepada tulisan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi Minda Presiden semalam yang menyentuh mengenai sejarah kerjasama Pas dengan parti-parti politik lain sepanjang penubuhannya.

Justeru Afnan yang panas telinga berkata, “hang nak bodek boss hang untuk terus dapat habuan dan kedudukan, silakan.

“Hang nak kutuk Presiden Pas untuk hang digelar hero dalam parti baru hang, silakan.

“Hang nak kata apa pun kat Pas, supaya orang lain nampak bodoh, hang sorang ja nampak cerdik, silakan.

“Kami sekupang pun tak heran dengan hang. Kami kenai hati perut hang sejak dulu lagi. Hang keluaq Pas, kami seduit pun tak rasa rugi.

“Tapi kalau hang nak kaitkan dengan jubah serban, yang tu tak betoi,” selar Afnan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat