UPE akan pantau segala implementasi RMK-12 – Mustapa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed memberi jaminan bahawa kerajaan akan memantau segala implementasi rancangan yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) menerusi pelan pelaksanaan di bawah Unit Perancangan Ekonomi (UPE).

Kata beliau, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak swasta serta badan bukan kerajaan sebagai rakan dalam pembangunan di bawah RMK-12.

“Memang isu utama adalah pelaksanaan (RMK-12). Sekarang di Parlimen sudah dimulakan perbahasan (RMK12) dan banyak dipertikaikan mengenai kemampuan kita untuk melaksanakan rancangan yang cantik di kertas, dan kerajaan menerima kritikan secara terbuka.

“Ini mendorong kita untuk bekerja lebih keras,” katanya dalam program Agenda AWANI bertajuk ‘RMK12: Keluarga Malaysia Pacu Realiti Baharu Malaysia,’ seperti dilapor Bernama.

Mustapa berkata kerajaan menghadapi cabaran untuk merangka RMK-12 ketika negara menghadapi krisis ekonomi dan kesihatan akibat COVID-19.

“Ada yang berpendapat, kenapa perlunya rancangan lima tahun. Kerajaan berpendapat kita harus ada visi untuk hala negara ke satu arah. Kalau kita tidak ada rancangan lima tahun, hala tuju kita akan menjadi kurang jelas.

“Oleh kerana RMK-12 ini jaraknya sebulan dengan Belanjawan 2022, ini juga menimbulkan isu. Inilah cabaran yang kita hadapi,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat