KPM Usaha Selesaikan Masalah Kekurangan Guru Pendidikan Islam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara akan ditangani segera oleh Kementerian Pendidikan (KPM),” kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin.

Menurut beliau buat masa ini negara hanya mempunyai 40,713 guru subjek itu bagi sekolah rendah dan 16,024 lagi di sekolah menengah.

“KPM faham mengenai kekurangan guru agama di seluruh negara. Kami sentiasa berusaha menambah bilangan guru ini.

“Sebagai contoh di Universiti Malaysia Sabah (UMS), kami berbincang untuk menubuhkan Fakulti Pengajian Islam ke arah membantu menambah bilangan guru agama di Sabah.

“Justeru, saya merasakan kita boleh berbincang mengenai perkara serupa di semua negeri. Kita akan mencari jalan sesuai untuk berbincang dengan semua institusi pendidikan, termasuk universiti tempatan, untuk melahirkan lebih ramai guru agama yang kompeten,” katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) mengenai usaha kerajaan untuk menangani masalah kekurangan guru Pendidikan Islam di seluruh negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat