N9 sudah capai imuniti kelompok, semua PPV tutup 15 Oktober – MB

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di Negeri Sembilan akan ditutup sepenuhnya pada 15 Oktober ini selepas negeri itu mencapai imuniti berkelompok ditetapkan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, selepas daripada tarikh itu, program vaksinasi Covid-19 akan dilaksanakan di hospital awam dan klinik kesihatan (KK).

Menurutnya, Negeri Sembilan setakat ini mencatatkan 866,052 individu yang menerima vaksin dos pertama, manakala individu yang sudah melengkapkan kedua-dua dos adalah seramai 789,129 orang.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang lancar dan berkesan membantu Negeri Sembilan mencapai imuniti berkelompok, malah buat julung kali kes baharu Covid-19 merekodkan dua digit iaitu 89 kes yang direkodkan semalam.

“Program vaksinasi yang dijalankan secara terus (walk-in) di PPV awam sejak 20 September lalu juga berjalan lancar apabila berjaya membuat suntikan kepada 9,691 individu dengan purata suntikan sehari lebih 1,000 orang.

“Suntikan itu membabitkan 1,267 orang dos kedua, manakala 5,981 suntikan dos pertama dan sebanyak 2,443 adalah vaksinasi ke atas remaja di bawah 17 tahun,” katanya memetik Harian Metro pada Rabu.

Aminuddin berkata, esok adalah hari terakhir pemberian vaksin walk-in berkenaan dan pihaknya berharap mereka yang belum mendapatkan suntikan supaya memanfaatkan peluang itu untuk melakukan vaksinasi.

Mengenai kedudukan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam, beliau berkata, PKRC Nilai akan ditutup esok selepas kawasan Seremban dan Nilai hanya merekodkan 40 kes baharu Covid-19 semalam.

“Kes baharu Covid-19 di lokasi lain termasuk Jempol (31), Port Dickson (10), Jelebu (4), Tampin (3), Kuala Pilah (1) dan tiada kes bagi daerah Rembau.

“Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat negeri ini yang terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP), namun harus berhati-hati kerana terdapat varian-varian baharu yang tidak kita ketahui dan boleh mengundang penyakit,” katanya.

Menurutnya, ketika ini PKRC yang masih beroperasi adalah di Tampin dengan kapasiti 224 katil dan terdapat 213 pesakit pada masa ini membabitkan rakyat tempatan.

“PKRC swasta yang beroperasi setakat ini pula adalah di Megalink Zahra di Nilai membabitkan 53 orang dan Klana Beach Resort di Port Dickson (37 orang),” katanya.

Sementara itu, beliau berharap pemilik premis perniagaan di negeri itu diminta mengamalkan budi bicara terhadap warga usia emas yang sudah lengkap daksin tetapi tidak mempunyai aplikasi MySejahtera untuk memasuki premis mereka.

Tegasnya, terdapat aduan daripada golongan itu yang tidak dibenarkan berbuat demikian kerana hanya mempunyai kad vaksinasi sahaja.

“Saya berharap pihak berkenaan seperti di pasar awam ataupun kedai memberi kelonggaran kepada golongan ini untuk membenarkan mereka membeli barang keperluan harian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat