PKPDB: KWSP Tawau Dan Lahad Tutup

- Advertisement -

CYBERJAYA: Akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB),  Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menutup  sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau, Sabah mulai 29 September sehingga kesuatu tarikh yang diberitahu kelak.

KWSP menjelaskan semua permohonan Temu Janji Online (JTO) membabitkan cawangan Lahad Datu dan Tawau akan dibatalkan serta merta. Mereka perlu membuat temujanji semula selepas PKPDB telah tamat.

“Ahli dan majikan boleh menggunakan perkhidmatan dalam talian KWSP iAkaun (Ahli) dan i-Akaun  (Majikan) yang beroperasi seperti biasa. Pembayaran caruman juga boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh KWSP.

Selain itu, KWSP menyarankan supaya ahli dan majikan mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP termasuk menghubungi Pusat Pengurusan Pelanggan  di talian 0389226000.

Penutupan ini berikutan PKPDB di empat kawasan dalam negeri Sabah iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna akibat peningkatan dan penularan kes positif Covid-19 disana.

“KWSP juga menjelaskan akan terus komited memberi perkhidmatan kepada ahli di cawangan atau menerusi saluran digital. Keutamaan dari segi kesihatan dan keselamatan ahli dan anggota KWSP adalah fokus kami, dan segala kesulitan amatlah dikesali,” katanya.

 

 

 

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat