Peruntukkan RM6.37 Juta Untuk Program Rumah Rakyat Pahang

- Advertisement -

KUANTAN: Kerajaan negeri Pahang memperuntukkan RM6.37 juta untuk membina 98 Rumah Rakyat Pahang (RRP) sebagai salah satu kaedah supaya anak negeri Pahang berupaya memiliki rumah kediaman sendiri.

Menteri Besar Pahang, Dato Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan RRP ini membuktikan kerajaan negeri sangat prihatin kepada rakyatnya.

“Tujuh buah dibina di daerah ini bagi membantu golongan kurang berkemampuan mempunyai kediaman sendiri.

“Pembinaan RRP telahpun bermula pada ketika ini adalah selari dengan usaha kerajaan persekutuan untuk memberi bantuan kepada golongan kurang berkemampuan dan miskin tegar untuk berupaya mendapatkan kediaman mereka sendiri”, jelas beliau didalam laman facebooknya.

Beliau juga menjelaskan, peserta yang menyertai program ini mestilah disahkan sebagai miskin tegar atau miskin, tidak mempunyai rumah atau sudah usang dan daif. Selain itu, peserta mestilah memiliki tanah sendiri atau mendapatkan kelulusan pemilik lain jika berkongsi tanah untuk mempastikan mereka benar-benar layak.

Dalam pada itu, kerajaan negeri menetapkan syarat kepada peserta dengan tidak membenarkan menjual dan memajak rumah tersebut kepada mana-mana pihak lain bagi memastikan tujuan pelaksanaan ini tidak diselewengkan oleh golongan tidak bertanggungjawab.

“Selain daripada 98 buah rumah yang telah diluluskan, kerajaan negeri berusaha mencari jalan bagi memudahkan pemilikan rumah kepada anak-anak negeri Pahang,

“Kita kerajaan negeri telah bekerjasama dengan kerajaan persekutuan, agensi dan pihak swasta telah mewuhudkan pelbagai perumahan untuk rakyat seperti PR1MA Pahang, Projek Rumah Kos Rendah Sederhana, Projek Perumahan Rakyat, Projek Perumahan Makmur dan terkini Rumah Rakyat Pahang agar anak negeri untuk memiliki rumah sendiri tercapai,” ujarnya lagi.

Tambah Wan Rosdy lagi, bukanlah mudah untuk menyediakan fasiliti perumahan dengan kadar ekonomi yang tidak menentu sudah tentu menyebabkan berlakunya rencatan kepada perkembangan ekonomi negara dan sekaligus impak yang kurang baik kepada sektor perumahan.

“Pahang akan tetap bertekad dan terus komited bagi mencari penyelesaian agar setiap anak negeri Pahang berupaya memiliki rumah sendiri dimasa akan datang,” katanya. -SuaraTV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat