Kesan grafik terbaik

- Advertisement -

Konsep permainan pasca peperangan nuklear atau pasca ‘kiamat’ sering digunakan pembangun permainan untuk memberikan satu pengalaman permainan yang berbeza.

Kewujudan makhluk mutasi akibat radiasi berkenaan antara kandungan yang sering digunakan termasuk paparan kerosakan dunia secara menyeluruh akibat senjata pemusnah besar-besaran berkenaan.

Mungkin agak lewat untuk penulis menyentuh permainan Metro Exodus memandangkan penulis tidak begitu berminat untuk bermain dalam genre yang menampilkan makhluk mutasi atau segerombolan zombie.

Namun, persepsi itu harus diubah tatkala penulis membeli Metro Exodus ketika tawaran di platform Steam dua minggu lalu dan boleh disimpulkan bahawa ia satu permainan yang kaya dengan dialog, jalan cerita malah memiliki dua pengakhiran.

Sepanjang 14 hari berkenaan, penulis menghabiskan masa lebih 16 jam untuk menamatkan dua mod pengakhiran manakala setiap dialog atau watak bukan sekadar NPC biasa, sebaliknya mempunyai fungsi.

Pengembaraan watak utama iaitu Artyom bermula selepas serangan di D6, Kawasan Metro iaitu Moscow dan Artyom percaya masih wujud manusia yang berlindung di serata dunia.

Mekanik permainan ini juga mudah untuk difahami iaitu tatkala dunia sudah berperang dan menggunakan senjata pemusnah, semua barangan atau teknologi hampir musnah termasuk persenjataan.

Jadi, pilihan persenjataan pemain adalah berasaskan kepada ‘custom gun’ yang berasaskan kepada senjata sebenar seperti raifal tempur, Kalash adalah berasaskan kepada Avtomat Kalashnikov 47 (AK-47).

 

PERMAINAN Metro Exodus yang dilancarkan tahun lalu menampilkan konsep permainan unik selain keupayaan kesan grafik terbaik.
PERMAINAN Metro Exodus yang dilancarkan tahun lalu menampilkan konsep permainan unik selain keupayaan kesan grafik terbaik.

 

Untuk menaik taraf persenjataan, pemain perlu mencari beberapa barangan iaitu komponen besi dan bahan kimia untuk tujuan pembuatan peralatan dan peluru.

Paling mencabar adalah senjata pemain akan mempengaruhi keadaan senjata itu. Contohnya, pemain terjatuh di dalam lumpur atau sungai, jadi senjata yang dipegang akan mengalami masalah seperti tersangkut berikutan kekotoran.

Kesan grafik untuk Metro Exodus ini adalah yang terbaik dalam kelasnya terutamanya jika pemain menggunakan siri kad grafik terkini dan membuat pengubahsuaian dengan mod Nvidia Ray Tracing bersama DLSS.

Anda akan melihat kesan grafik yang sangat jelas dan pujian harus diberikan kepada pembangunnya iaitu 4A Games dan untuk rekod, Metro Exodus adalah sekuel ketika siri Metro.

Sekuel pertama diterbitkan pada 2010 dengan judul Metro 2033 diikuti Metro: Last Light pada 2013 dan tujuh tahun selepas itu adalah Metro Exodus.

Penulis mencadangkan kepada pemain yang mungkin tidak pernah mempunyai pengalaman dengan siri Metro untuk mencuba Metro Exodus, pastinya anda akan menyukai terutama berkaitan mekanik permainan dan kesan grafiknya.

Harian Metro

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat