Insiden Besi Jatuh Berlaku Di Jakarta, Bukan Di Klang Parade – Polis

- Advertisement -

KLANG – Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati insiden berkenaan berlaku di Jakarta, Indonesia.

“Kami menafikan berlaku kemalangan besi terjatuh di sekitar Klang Parade hari ini.

“Selepas disiasat, kami mendapati ia berlaku di Indonesia pada Ahad lalu,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, video kemalangan berdurasi 29 saat itu tular di Whatsapp dan didakwa berlaku di Klang.

Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai maut selepas besi dari atas kawasan pembinaan yang kelihatan seperti LRT jatuh. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat