NGO Buat Laporan Polis, Shafie Di Dakwa Sebagai Agen Filipina

- Advertisement -

 

Kuala Lumpur – Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal didesak tampil untuk membersihkan namanya berhubung dakwaan sebagai agen Filipina yang menuntut Sabah ke dalam pasport antarabangsa negara itu.

Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Penaja Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar yang membuat laporan polis terhadap Ketua Menteri Sabah sementara tersebut.

Menurut Zulkarnain,sebelum ini wujud tuduhan yang mengaitkan nama Shafie sebagai agen sehingga Filipina semakin berani untuk menuntut Sabah.

“Beberapa video telah dimuat naik dan tular merujuk kepada tuduhan tersebut sehingga menimbulkan kegusaran awam terutamanya rakyat Sabah.

“Harus diingat baru-baru ini kerajaan Filipina pernah bercadang memasukkan Sabah dalam peta pasport antarabangsa Filipina juga sebelum ini Sabah pernah diceroboh kerabat Sultan Sulu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut meminta polis menyiasat kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap ekonomi Sabah sepanjang tempoh pentadbiran Shafie kerana terdapat penyusutan dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Beliau turut mendesak polis menyiasat Shafie kerana didakwa telah memfitnah kononnya Tan Sri Musa Aman telah memberikan tanah hampir sejuta ekar kepada individu tertentu termasuk keluarga Musa. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat