Latihan Kelawar 2024: Tak perlu cemas lihat pesawat terbang rendah – TUDM

- Advertisement -

TAWAU – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melakukan latihan penerbangan taktikal bagi aset udara secara rendah di sekitar Tawau, Semporna serta Lahad Datu mulai 1 hingga 10 Ogos ini.

TUDM dalam kenyataan pada Isnin memberitahu perkara itu merupakan Latihan Kelawar 2024 yang dilaksanakan di kawasan Op Pasir membabitkan aset helikoter dan Pasukan Khas TUDM.

Menurut kenyataan itu latihan tersebut bertujuan memperkasakan kesiagaan dan kecekapan anak kapal.

“Selain itu, ia memberi penambahbaikan dalam penerbangan taktikal ketika menghadapi konflik serta ancaman pada waktu malam,” menurut kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, TUDM berharap orang ramai tidak cemas atau risau jika melihat pesawat terbang rendah sepanjang tempoh latihan berkenaan. – Bernama

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat