Daiyan tak kecil hati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha, 28, tidak menyimpan perasaan negatif, meskipun hanya lima bulan diberi kepercayaan mengendalikan program Muzik Muzik 36 sebagai hos.

Malah, hatinya juga tidak berkecil hati apabila penyanyi, Sissy Imann menggantikan tempatnya.

Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin berkata, dia terima takdir rezekinya hanya lima bulan bersama program berkenaan.

“Saya okay sahaja, saya terima jodoh dengan program Muzik Muzik 36 hanya setakat ini.

“Jujurnya, berita penggantian datang secara tiba-tiba, tetapi saya faham ini adalah keputusan Media Prima Berhad untuk mengetengahkan bakat ‘in-house’, jadi saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya kepada BH Online.

Tambah pelakon drama Projek: Anchor SPM itu, dia tetap seronok bergelar hos program Muzik Muzik 36 biarpun tidak sempat mendalami lebih banyak pengalaman.

“Saya berterima kasih kepada pasukan Muzik Muzik kerana memberi kepercayaan kepada saya menggalas tanggungjawab sebagai hos program carta muzik popular ini.

“Saya berseronok memperoleh pengalaman baharu. Banyak ilmu yang diperoleh sepanjang lima bulan ini. Saya bukannya mempunyai pengalaman sebagai pengacara.

“Saya tidak pernah terbabit dalam bidang pengacaraan, apatah lagi, mengendalikan program popular seperti Muzik Muzik. Namun, ia tentunya peluang keemasan apabila diketengahkan sebagai hos Muzik Muzik,” katanya.

 

Daiyan Trisha banyak beroleh ilmu dalam dunia pengacaraan sepanjang lima bulan bergelar hos program Muzik Muzik. - Foto IG Daiyan Trisha
Daiyan Trisha banyak beroleh ilmu dalam dunia pengacaraan sepanjang lima bulan bergelar hos program Muzik Muzik. – Foto IG Daiyan Trisha

 

Malah, Daiyan berkata, dia seronok dapat bekerja di sisi pengacara berpengalaman, Alif Satar.

“Bekerja dengan Alif memberi makna, memandangkan dia juga hos yang berpengalaman.

“Bukan sahaja Alif, malah pasukan Muzik Muzik banyak memberi tunjuk ajar. Saya sudah memberikan hasil kerja yang terbaik,” katanya yang masih giat menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Terdahulu, Sissy yang menggantikan Daiyan akan mula mengendalikan program Muzik Muzik 36 bersama Alif pada setiap Ahad, jam 11.30 pagi di TV3.

Mengulas kerjaya nyanyiannya, Daiyan kini sibuk menghasilkan karya memandangkan sudah lama tidak mengeluarkan single terbaharu.

“Insya-Allah, single baharu akan menemui pendengar, tahun ini.

“Manakala, saya akan kembali berlakon naskhah baharu apabila penggambaran dibenarkan semula,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat