Hishamuddin, Wan Rosdy Minta Semua Bertenang

- Advertisement -

CYBERBERJAYA – Ahli Parlimen Semberong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein minta semua pihak bertenang dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap sepupunya yang juga bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya menerima keputusan mahkamah hari ini dengan perasaan bercampur baur.

“Walaupun keputusannya berat, namun saya kagum dengan ketabahan, kesabaran, dan kecekalan Datuk Seri Najib menghadapi ujian selama ini.

“Nasihat saya kepada semua, kekal bertenang dan jangan buat pendirian terburu-buru apatah lagi berlandaskan emosi,” kata menteri pertahanan itu dalam satu kenyataan.

Hishamuddin berkata beliau percaya Najib akan membawa kes itu melalui proses rayuan.

“Peristiwa ini akan sesungguhnya mengubah dinamik parti.

“Saya harap kepimpinan Umno dapat membawa parti ke arah yang betul dengan meletakkan kepentingan parti, kerajaan dan negara sebagai keutamaan tertinggi,” jelasnya.

Sementara itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail senada fengan Hishamuddin, turut meminta rakyat Malaysia agar menghormati keputusan mahkamah dan menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

“Sememangnya kita simpati dengan nasib beliau, yang merupakan seorang pemimpin prihatin dan peka terhadap kebajikan rakyat Malaysia, ini jelas ditunjukkan semasa beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat