Dong Zong Desak Kerajaan Iktiraf UEC, Salur Peruntukkan Tambahan Untuk Sekolah Cina

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pertubuhan radikal Cina, Dong Zong bertegas dengan pendirian mereka berhubung isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pengerusinya, Tan Tai Kim menegaskan semua pertubuhan Cina konsisten dalam pendirian mereka untuk mendapatkan pengiktirafan UEC.

Memetik laporan akhbar berbahasa Cina, Orientaldaily, Tai Kim turut menggesa supaya kerajaan menambah peruntukan untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), dan merancang berhubung terus dengan Kementerian Pendidikan (KPM) mengeni perkara itu.

Katanya, Dong Zong akan menyerahkan memorandum supaya peruntukan untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan SJKC dimasukkan dalam pembentangan Belanjawan 2021, dengan mengekalkan RM50 juta atau menambah jumlah itu.

“(Kita) sama sekali tidak akan membiarkan pelajar SMPC (Sekolah Menengah Persendirian Cina) berhenti sekolah disebabkan masalah ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Dong Zong, Datuk Tan Yew Sing berkata, pihaknya sama sekali tidak akan membiarkan pelajar SMPC berhenti sekolah kerana masalah kewangan.

Yew Sing mendakwa bimbang kesan pandemik COVID-19 menyebabkan pelajar berhenti sekolah kerana tidak mampu membayar yuran dan dana SMPC juga tidak mencukupi.

Sebelum ini, Oriental Daily turut melaporkan melaporkan tujuh resolusi yang diluluskan dalam Mesyuarat Agong Dong Zong, di mana antaranya menuntut tulisan Jawi dilaksanakan seiring dengan pengenalan seni kaligrafi kaum lain.

Manakala, enam lagi resolusi lain yang diluluskan adalah mengenai semakan semula Akta Pendidikan 1996, menubuhkan jawatankuasa pemantau pendidikan serta penyaluran peruntukan secara adil kepada semua jenis aliran pendidikan.

Pertubuhan pendesak itu turut menuntut kerajaan menyegerakan pengiktirafan UEC, mengembalikan status perundangan SMJK dan pengecualian cukai tambahan ke atas pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dan institusi pendidikan persendirian.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat