100,000 Kenderaan Akan Masuk Kelantan Sempena Aidiladha

- Advertisement -

KOTA BHARU: Sebanyak 100,000 kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena Aidiladha, sekali gus mencatatkan peningkatan kenderaan sebanyak 50 peratus.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata kemasukan jumlah kenderaan itu bermula sejak semalam sehingga Aidiladha.

Sehubungan itu katanya, JPJ melaksanakan operasi dikenali Ops Patuh sempena Aidiladha bermula semalam sehingga Ahad ini bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

“Untuk Ops Patuh kali ini, kita tidak mengadakan sekatan jalan raya bagi mengelak berlaku kesesakan trafik.

“Sebaliknya kita menggunakan kaedah pemantauan dan pemerhatian yang memfokuskan kesalahan utama seperti tidak memakai tali pinggang dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Pada masa sama, kita menempatkan pegawai dan anggota di 17 lokasi yang dikenal pasti,” katanya pada sidang media selepas Ops Penguatkuasaan Khas JPJ sempena Aidiladha di Terminal Bas Lembah Soreh,” di sini, hari ini.

Mengulas lanjut katanya, sejak Ops Patuh dilaksanakan semalam, sebanyak 121 notis saman dikeluarkan membabitkan nilai kompaun RM27,340.

“Justeru, kita mengingatkan pemandu yang pulang ke kampung supaya mematuhi undang-undang dan memastikan kenderaan dalam keadaan baik, bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya.

-Berita Harian-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat