Insentif khas RM 40,000 pemenang pingat emas WCS 2024

- Advertisement -

CYBERJAYA — Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong berkata sebanyak RM40,000 telah disediakan oleh kerajaan kepada peserta yang memenangi pingat emas pada Pertandingan Kemahiran Dunia 2024 (WSC) di Lyon, Perancis September ini.

Jelasnya, insentif khas itu merupakan tanda sokongan, galakan dan dorongan demi memburu kejayaan yang cemerlang pada WSC 2024.

“Peserta yang berjaya mencapai prestasi cemerlang dengan memungut pingat emas, perak dan gangsa akan turut dianugerahkan pengiktirafan berbentuk persijilan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM), oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dalam bidang kemahiran masing-masing,” katanya.

“Pemenang pingat perak pula akan menerima ganjaran RM20,000, manakala pingat gangsa menerima RM10,000,” katanya pada majlis pelancaran Road to Lyon 2024 di sini semalam.

Tambahnya penyertaan kontinjen negara ke WSC 2024 dikelolakan oleh dua kementerian iaitu Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan Kementerian Kerja Raya.

“WSC 2024, Malaysia diwakili oleh 15 orang belia berkemahiran terdiri daripada pelajar Institusi Latihan Kemahiran Awam serta Institusi Pengajian Tinggi seluruh negara, yang akan bertanding dalam 14 bidang kemahiran daripada 62 bidang kemahiran dipertandingkan.

“Sembilan bidang kemahiran diuruskan oleh KESUMA, manakala lima bidang kemahiran yang berkaitan industri pembinaan diuruskan KKR.

“Kedua-dua kementerian ini telah memperlihatkan suatu sinergi yang cukup hebat serta berganding bahu, dalam membuat persediaan dan menguruskan penyertaan pasukan Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa,” katanya.

Sim berkata beliau menyasarkan kontinjen Malaysia meraih sekurang-kurangnya satu emas pada WSC 2024 dan mengucapkan selamat maju jaya kepada kontinjen negara WSC Lyon 2024.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat